Unit Fisioterapi

PENGENALAN 

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Sungai Bakap mula beroperasi pada tahun 2001. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang disediakan memberi tumpuan khusus kepada pesakit dalaman dan kes-kes geriatrik (warga emas). Rawatan ini ditawarkan kepada komuniti pesakit yang tinggal di sekitar daerah Seberang Perai Selatan dan kawasan Perak Utara. Kini, skop rawatan Fisioterapi Hospital Sungai Bakap telah diperluas bagi merangkumi pemulihan kes-kes seperti strok (stroke), kecederaan saraf tunjang(spinal cord), serta kes-kes akut.

OBJEKTIF 

UMUM

Membantu pelanggan atau pesakit mencapai serta mengekalkan kesihatan fizikal ke tahap yang optimum demi menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bermutu.

KHUSUS

  1. Janji temu pertama diberikan dalam tempoh 10 hari bekerja bagi kes baharu pesakit luar. (Standard Pencapaian: ≥ 90%)

  2. Pelanggan baharu yang menepati masa janji temu akan dinilai untuk rawatan fisioterapi dalam tempoh 30 minit. (Standard Pencapaian: ≥ 90%)

PERKHIDMATAN

PESAKIT DALAM 

  1. Menyediakan rawatan fisioterapi dada (chest physiotherapy).

  2. Melaksanakan teknik pemosisian (positioning) pesakit.

  3. Melatih pergerakan dan mobilisasi pesakit (ambulation).

PESAKIT LUAR

  1. Rawatan elektroterapi (electrotherapy).

  2. Rawatan terapi lilin (wax bath therapy).

  3. Rawatan pek haba (hot pack therapy).

  4. Kelas pendidikan dan senaman berkumpulan bagi pesakit.

PROGRAM REHABILITASI

  • Program rehabilitasi khusus untuk kes-kes geriatrik (warga emas).

Hubungi Kami

Hospital Sungai Bakap

14200 Sungai Jawi

Seberang Perai Selatan

Pulau Pinang

Tel : 04-5824333

emel : hsbakap@moh.gov.my

 

Bilangan Pelawat

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
000052
Today: 6
This Week: 6
This Month: 7
This Year: 54
  • Kemaskini : Tuesday 03 November 2026.