Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap segala peralatan perkakasan & perisian ICT serta mengurus, menyelenggara dan memantau sistem rangkaian dan pengoperasian serta berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan ICT di kalangan warga kerja Hospital Sunga Bakap.

Objektif Unit Teknologi Maklumat adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan ICT yang berkualiti, selamat dan berkesan bagi menyokong operasi klinikal serta pentadbiran Hospital Sungai Bakap. Sehubungan itu, Unit Teknologi Maklumat menetapkan objektif seperti berikut:

 

  1. Memastikan sistem aplikasi hospital sentiasa beroperasi secara optimum bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan.

  2. Menyediakan serta menyelenggara infrastruktur ICT yang stabil, selamat dan berdaya tahan merangkumi rangkaian komputer, pelayan, storan, internet, Wi-Fi dan peralatan ICT.

  3. Memberikan sokongan teknikal yang cekap dan responsif kepada semua warga hospital bagi memastikan kesinambungan operasi perkhidmatan.

  4. Memperkukuhkan keselamatan siber melalui pelaksanaan dasar, kawalan keselamatan ICT, pemantauan ancaman, pengurusan risiko serta pematuhan kepada garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  5. Menyokong pelaksanaan, integrasi dan pembangunan sistem digital KKM seperti eHIS, BBISv2, PhIS, PACS, LIS serta aplikasi lain yang berkaitan.

  6. Memastikan pengurusan aset ICT dilaksanakan secara sistematik, cekap dan mematuhi peraturan kewangan serta tatacara pengurusan aset kerajaan.

  7. Meningkatkan kompetensi warga hospital dalam penggunaan teknologi maklumat melalui latihan, khidmat nasihat dan program kesedaran ICT.

  8. Menyokong agenda pendigitalan hospital ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, inovatif dan berteraskan teknologi digital.

1.    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat adalah: -

 

i.              Menyelaras dan melaksanakan program program kerajaan elektronik (eG) di Hospital

ii.             Menyelaras implementasi projek projek aplikasi Kementerian Kesihatan

iii.            Menyelaras, mentadbir dan menyelia penyelenggaraan sistem-sistem.

iv.            Mengendali meja bantuan (helpdesk), khidmat bantuan teknikal serta khidmat nasihat ICT.

v.             Mengkaji, merancang dan menganalisis keperluan peralatan ICT dan melaksana perolehan peralatan dan perisian ICT.

vi.           Mengurus dan menyelia pengagihan, perpindaan dan pelupusan peralatan ICT.

vii.          Merancang, mengurus dan menyelia perolehan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem,komputer dan rangkaian dalaman.

viii.         Membangun, menyelenggara, memantau dan mentadbir laman web.

ix.           Menyedia bahan-bahan taklimat / persembahan powerpoint atau multimedia untuk mesyuarat / taklimat khas / majlis rasmi jabatan / laporan tahunan.

x.             Memberikan latihan pembudayaan ICT kepada warga hospital sekurang-kurangnya di peringkat asas.

Hubungi Kami

Hospital Sungai Bakap

14200 Sungai Jawi

Seberang Perai Selatan

Pulau Pinang

Tel : 04-5824333

emel : hsbakap@moh.gov.my

 

Bilangan Pelawat

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
000052
Today: 6
This Week: 6
This Month: 7
This Year: 54
  • Kemaskini : Tuesday 03 November 2026.