Unit Kewangan

Unit Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan dan akaun dengan mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Unit Kewangan juga bertanggungjawab memastikan keseluruhan perbelanjaan dapat dilakukan tidak melebihi peruntukan sedia ada, memproses pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan dan juga memantau perbelanjaan ke arah amalan berbelanja yang lebih berhemah.

1. Menentukan pengurusan kewangan berjalan dengan lebih teratur serta konsisten dan juga berkesan melalui pengawalan penggunaan sumber kewangan sedia ada bagi semua aktiviti di bawah HSB.

2. Menentukan keberkesanan ABM yang diterima dalam membuat perancangan kewangan dalam melaksanakan dasar dan program perubatan.

3. Menyimpan rekod - rekod kewangan dengan selamat, bersistematik dan sentiasan dikemaskini mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4. Menentukan semua urusan pembayaran dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan yang berkuatkuasa dan menepati masa.

Seksyen Akaun dan Bayaran

Seksyen ini mengurus waran peruntukan, urusan perakaunan, urusan pinjaman (perumahan, komputer dan kenderaan), waran udara dan urusan pembayaran utiliti, gaji dan potongan gaji, elaun lebih masa,‘On-call’, bayaran elaun jahitan, bayaran balik perubatan, bayaran balik perpindahan dan pertukaran, bayaran elaun perjalanan, bayaran dan urusan bayaran kepada pembekal.

 


Seksyen Hasil dan Bilik Daftar Masuk (BDM)

Seksyen Hasil menguruskan segala jenis terimaan bayaran di HSB. Manakala Bilik Daftar Masuk (BDM) menguruskan kemasukan pesakit dalam serta memastikan setiap pesakit diberi layanan sebaik mungkin semasa proses pendaftaran pesakit dalam.

Hubungi Kami

Hospital Sungai Bakap

14200 Sungai Jawi

Seberang Perai Selatan

Pulau Pinang

Tel : 04-5824333

emel : hsbakap@moh.gov.my

 

Bilangan Pelawat

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
000052
Today: 6
This Week: 6
This Month: 7
This Year: 54
  • Kemaskini : Tuesday 03 November 2026.