PIAGAM PELANGGANTERAS KKM
Kami warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :
Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan :
100% setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan.
** Hospital Negeri & Hospital Berpakar : ≤ 4 minggu
** Lain-lain Hospital : ≤ 2 minggu
90% pelanggan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh masa 90 minit.
70% pesakit dipanggil untuk perkhidmatan kesihataan pergigian dalam tempoh 30 minit.
95% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kesihatan pergigian yang diterima.
95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, dengan :
- Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai; dan
- Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.