fas fa-pen-fancy

PERUTUSANPENGARAH

Alt Text

Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Selamat datang ke Portal Rasmi Hospital Balik Pulau.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, platform digital ini dapat terus berfungsi sebagai wadah penyaluran maklumat utama bagi menghubungkan Hospital Balik Pulau dengan seluruh masyarakat, khususnya penduduk di daerah Barat Daya.

Sebagai sebuah hospital berpakar kluster yang komited, kami sentiasa berusaha memberikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang holistik, cekap dan berpaksikan pesakit. Portal ini direka bagi memudahkan orang awam mengakses maklumat penting seperti jadual klinik pakar, fasiliti rawatan harian, direktori jabatan, serta panduan am kesihatan dengan lebih telus dan pantas.

Seluruh warga kerja Hospital Balik Pulau daripada barisan pengurusan, pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat hinggalah ke anggota sokongan bertekad mendukung nilai integriti, empati dan profesionalisme tinggi. Kami bukan sahaja fokus kepada perawatan klinikal dan kecemasan, malah proaktif dalam program promosi kesihatan demi melahirkan komuniti Balik Pulau yang sejahtera.

Barisan pengurusan dan pasukan klinikal sentiasa cakna terhadap kebajikan dan pengalaman pesakit semasa berurusan dengan pihak kami. Pihak hospital sentiasa berusaha untuk membawa pemodenan fasiliti dan keselesaan kepada semua pelanggan kami.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga hospital atas dedikasi tanpa jemu serta kepada komuniti setempat atas sokongan dan kepercayaan padu yang diberikan. Semoga maklumat di portal ini membawa manfaat besar kepada anda semua.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,
DR. WONG KHAR MING
PENGARAH HOSPITAL BALIK PULAU