LATAR BELAKANG

PENGENALAN EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga kerja di JKNPP. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu.

EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

• Imej korporat;

• Kreativiti dan Inovasi;

• Amalan Hijau;

• Persekitaran Kondusif; dan

• Kepelbagaian Agensi.

 

 

 

 

 

Image

Garis Panduan

Muat turun

1. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR
AWAM(EKSA) JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG VERSI 1/2021

          - Lampiran 1 - Kriteria Audit

          - Lampiran 2 - Pegawai Yang Bertanggungjawab

          - Lampiran 3 - Wallpaper dan Screensaver

          - Lampiran 4 - Tatacara Penggunaan

 

 

Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja.

Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.

Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.

Indikator kepada amalan 5S secara amnya

Melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA

Tulisan slogan berwarna putih di kelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga KKM.

Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.

Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan amalan EKSA.